Wednesday, January 19, 2011

ANAK YATIM...

Masa kami belajar buat kek dan roti yang lalu, kami tinggal di rumah AnakKesayanganku. Penghuni di sana dalam lingkungan 10 tahun ke bawah. Sayu di hati ini tatkala meninggalkan mereka. Mana taknye setiap malam mak confirmlah berbual ngan diorg. kadang2 tanya mengenai kerja sekolah... mak pass kat aku... aku ajarlah yang mane yang termampu. lepastu bila ade makanan mereka masih lagi ingatkan kami walaupun sedikit. setiap malam akan kedengaran ayat memuji tuhan. Bayangkan anak2 sekecil itu dah tahu mcm mana nak memuji tuhan, bersyukur kepada tuhan, bersembahyang berjemaah bersama. zikir kepada Allah tu seperti nyanyian seharian kita. tapi bagi kita umur bawah sepuluh tahun lebih banyak mengenal ultraman, spiderman lah berbanding mengenal Allah.

terima kasih kepada meraka yang sudi menumpangkan kami di Bukit Beruntung... Mengenai mereka anda boleh layari http://www.anakkesayanganku.blogspot.com/




Bergambar bersama sebelum kami bertolak pulang... diorg baru habis berjemaah solat zohor.

Yang bawah ni pula anak yatim yang dijaga oleh kakak kami. Terletak di Petaling Jaya. Rumah anak yatim ni terdiri daripada pelajar 12 tahun hingga 6 tahun. dan mereka hanya menjaga 20 org anak yatim ini sahaja sehingga mereka besar. Pusat jagaan ini telah disponsor oleh syarikat persendirian.

Masa kami datang kebetulan besday dua anak2 ini. selamat hari lahir...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...